Gambar sekadar hiasan
Memandangkan sudah lama hidup bersama maka ramai isteri merasakan mereka bebas mengucapkan apa jua kalimat untuk suami.Pada pandangan mereka ,suami boleh menerima semua yang diluahkan sama ada enak atau sebaliknya.
Ini ialah kalimat beracun yang bisa meruntuhkan rumahtangga yang sekian lama dibina.
1. " Abang ni kurus sangat" atau "Abang gemuk sangatlah "
- seperti juga wanita yang sensitif tentang berat badan,pihak lelaki juga berperasaan sebegitu.
2. "Kenapalah awak tak macam suami kawan saya"
- Lelaki sangat benci jika diri mereka dibanding-bandingkan dengan lelaki lain.
Bagi mereka pasanganya seolah-olah kecewa dengan dirinya.
3. "Abang punya baju hari ni kelakarlah"
- kalimat ini sudah membunuh keyakinan diri seorang lelaki.
4. "Abang ni membosankanlah"
- Walaupun dilontarkan dalam nada gurauan tetapi pihak lelaki menganggapkan ia satu penghinaan.betapa dia telah gagal memberikan kebahagiaan dan kegembiraan kepada pasanganya.
5. "Saya sibuk,saya tiada masa nak bercakap dengan Abang "
- Kalimat ini menandakan bahawa anda telah menolak suami anda ketepi.Dan bagi lelaki kalimat ini menandakan dirinya sudah tidak berguna lagi dan tidak diperlukan.
6. "Abang ni pandai ke tidak bawa kereta"
- Awak sudah mencabar ego seorang lelaki.Semua lelaki percaya bahawa mereka mahir membawa kereta.
7. "Kawan Abang tu segak betullah "
- Suami berasa kecewa apabila isterinya memuji lelaki lain selain dirinya.
Ambil sedikit ruang dan waktu untuk merenung sejenak apa yang telah dilakukan.Kemaafan bisa kembalikan kebahagiaan untuk#BersamaMenjemputBahagia .

No comments:
Post a Comment